Wednesday, November 14, 2018

Anda mempunyai kemahiran atau pakar sesuatu perkara tetapi tidak tahu macamana hendak buat duit secara atas talian.

1. Mungkin anda pernah dengar Fiverr. Ini adalah salah-satu platform bagi yang berkemahiran bagi yang berkemahiran buat logo,
buat website dan macam-macam lagi.

2. Tiga tahun lepas saya pernah mendapatkan khidmat Fiverr untuk website saya dan secara jujurnya saya berpuashati hasil
kerja mereka.

3. saya juga pernah berkongsi di platform youtube mengenai Fiverr. Mungkin pada masa itu tidak ramai yang mengetahui mngenai
fiverr.

4. Oleh itu, saya kongsi sekali lagi video tersebut.
 

Adakah Boleh Buat Duit Dengan Hanya Menjawab Survei | Yougov

Yougov merupakan salah-satu survei berbayar. mengikut wikipedia Yougov telah diwujudkan pada tahun 2000, sudah 18 tahun mereka menjalankan perniagaan.

Jika kita berjaya menjawab survei yang disediakan mereka akan memberi point dan point ini boleh ditukar dengan voucher,
kad mobile atau paypal.

Melalui pengalaman, kita akan dihantar e-mail untuk menjawab serta sambungan link ke website juga disediakan.
Selalunya survei Yougov mudah untuk dijawab dan amat relevan dengan kita.
Masa pula bergantung kepada tajuk yang survei sediakan biasanya didalam lingkungan 5 - 15 minit.


Namun satu peringatan, Yougov bukanlah  buat duit untuk terus kaya tetapi buat duit sampingan sebagai duit tambahan.
Paling penting jawab survei secara konsisten @ berterusan sebab dengan terkumpul point, barulah boleh ditukar kepada
ganjaran yang ditawarkan.

Untuk memudahkan survei dihantar kepada kita. Setelah mendaftar akaun, masukkan data-data profil mengikut soalan-soalan
yang diberi.

Ini link ke website Yougov untuk pendaftaran.


Dibawah saya ada sediakan video dengan sedikit penerangan.

Tuesday, November 6, 2018

Clixsense | Buat Duit Online

Baru-baru ni saya telah menjawab secara intensif selama seminggu untuk melihat samada website Clixsense boleh buat duit online atau tidak. Setakat ini saya dapati telah terbukti website ini memang boleh buit secara online. Dibawah ini saya sertakan screenshot untuk yang berminat untuk mencuba.












Clixsense ini juga ada bebarapa tawaran, walaubagaimapun saya masih belum mencuba. Mungkin dimasa akan datang.












p.s Terdapat link di Clixsense

Thursday, August 9, 2018

Toluna | Survey Berbayar Di Malaysia

Toluna


Merupakan website survey berbayar (tinjauan/kajiselidik) yang boleh digunakan di Malaysia.  Ditubuhkan pada tahun 2006, Toluna mempunyai credibiliti dan boleh dipercayai kerana mempunyai ramai pelanggan serta berkemampuan membayar wangtunai atau hadiah. Terdapat juga apps untuk apple dan android.

Untuk mencari duit tambahan, Toluna merupakan pilihan, dengan tawaran yang diberikan seperti wang tunai, baucer dan gift dari kedai maya.

Di dalam Toluna.
a. Menawarkan banyak survey, sertailah sebanyak mungkin
b. Terdapat pelbagai cara untuk meningkat kan point
c. Sertai dengan menulis pendapat untuk jana point.


Untuk kelayakkan menebus wang tunai atau hadiah 16800 point diperlukan. Selalunya   untuk nilainya USD 1 untuk 3000 points (bergantung kepada nilai mata wang USD dengan RM). Ditawarkan untuk satu survey dalam lingkungan 2000-6000 points. Jangan risau, saya ada juga ada kongsikan beberapa tips mudah untuk berjaya dalam survey berbayar.



Apa yang perlu di buat ialah sertai dengan ‘sign up Toluna’. Isikan data-data di dalam ruangan yang disediakan seperti digambar  dan jangan biarkan ruangan kosong.

Periksa email peribadi untuk pengesahan. Kemudian terus pengisian data profil.  Setelah selesai cari survey untuk dijawab, kumpul point sebanyak yang boleh. Jika tidak ada, tunggu email yang akan diberi berdasarkan data profil yang diberi.

9 tips mudah untuk berjaya dalam survey berbayar. Klik Sini



9 Tips Mudah Untuk Berjaya Dalam Survey Berbayar

1. Sebelum ikut serta mana-mana survey berbayar pastikan dahulu survey yang asli dan bukannya yang palsu atau ‘scam’

2. Terdapat bebarapa tips untuk mengenal pasti website survey yang asli.
a. Jangan ikut serta website survey yang anda perlu bayar . Selalunya website survey yang asli tidak perlu bayar.
b. Jangan ikut serta website yang anda perlu bayar untuk mendapatkan list website survey. Website scam selalunya menjanjikan anda boleh menjadi kaya dengan membeli list atau tips. Terdapat banyak website yang asli dan FREE  yang anda boleh ikut serta.

3. Terlalu mengharap agar cepat buit duit dan terus kaya. Menjawab survey perlukan kejujuran dan kesabaran. Memang benar setelah menjawab survey anda akan di beri point@ duit tetapi pihak survey memerlukan jawapan yang benar dari anda. Kerana  dari jawapan andalah mereka akan membuat analisis. Jika palsu jawapan maka rosaklah hasil kajian mereka. Semasa menjawab tidak perlu tergesa-gesa kerana memungkinkan kesilapan berlaku.

4. Jika survey berbayar tidak dapat menepati anda, tinggalkan sahaja sebab peluang lain akan diberi kepada anda mengikut data-data peribadi yang anda telah beri terdahulu. Disinilah pentingnya data peribadi anda, seperti kedudukan anda, jantina anda, umur anda, pendidikan anda, pendapatan anda  dan sebagainya.


5. Anda boleh ikut serta sebanyak website yang boleh, sebab lagi banyak website survey anda ikut serta lagi banyak peluang terbuka untuk anda. Sebagai permulaan dicadangkan anda ikut serta 4-6 website dahulu untuk membiasakan diri menjawab survey yang diperuntukkan kepada anda.

6. Selalulah membuka e-mail atau website survey berbayar untuk melihat peluang menjawab survey. Kadang-kadang survey ada tempoh masa. Dicadangkan untuk membuka e-mail atau website sekurang-kurangnya 2 kali sehari.


7. Jika anda benar-benar serius untuk menjadikan survey online sebagai pendapatan sampingan. Susunatur gerak kerja , password , hasil pendapatan , point dari survey berbayar dibuat supaya memudahkan kerja dan masa anda.

8. Gunakan talipon tangan untuk memudahkan kerja anda, sebagai contohnya semasa anda sedang menunggu sahabat bolehlah guna peluang itu untuk menjawab survey.

9. Membuka akaun Paypal adalah salah-satu ‘option’ sebab selalunya website survey berbayar mebayar tunai melalui paypal.

Sunday, July 29, 2018

Buat Duit Online Dengan Globaltestmarket

Dalam video youtube dibawah saya ada share bagaomana untuk buat duit online dengan hanya menjawab soalan mudah yang disediakan.

Sebenarnya tiada alasan jika kita tidak dapat duit secara online jika kita tahu cara-caranya.
Ada sedikit masalah teknikal dengan suara, tapi saya ada buat penerangan dibawah video.

Selamat menonton...